25 July, 2012

Proses Penentuan Jantina Mengikut Al-Quran-Posted on the July 17th, 2012 under Agama by admin


Didalam Proses Penentuan Jantina seorang bayi, adakah ditentukan oleh benih bapa atau pun ibu?
Dalam surah an-Najm ayat 45-46, Allah menjelaskan, “Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada nuthfah, apabila dipancarkan.”
Nuthfah, mengikut tafsiran yang sahih, bermaksud air mani yang sedikit. Seperti yang disebutkan sebelum ini mengikut Imam Qartubi didalam al-Jamik li Ah Kamil Quran, nuthfah bermaksud,”Air mani lelaki, ia dinamakan nuthfah disebabkan jumlahnya yang sedikit iaitu airnya yang sedikit.” Oleh kerana air mani adalah sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat jantina lelaki, justeru nuthfah yang bermaksud ‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud sperma. Hal ini disebabkan daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit sahaja daripadanya yang diperlukan bagi proses persenyawaan. Yang sedikit yang menjadi penentu itu adalah sperma. Justeru didalam kamus Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan nuthfah diterjemahkan sebagai drop, sperm iaitu setitik atau sperma.
Justeru ayat ini dengan jelas menunjukkan, dalaproses kejadian manusia, penentuan jantina seorang bayi ditentukan oleh nuthfah iaitu benih lelaki yang terdapat dalam air mani. Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa. Hal ini disebabkan secara umumnya rupa bentuk seseorang bayi secara teroerinci ditentukan oleh 46 kromosom dan daripada 46 kromosom ini dua daripadanya adalah kromosom seks. Kromosom seks inilah yang samada seseorang bayi menjadi lelaki atau perempuan.

Y dan XX

Benih lelaki iaitu sperma, mempunyai kromosom seks ‘XY’ dan benih wanita iaitu ovum, mengandungi kromosom seks ‘XX’. Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki atau perempuan, kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y dan kromosom seks wanita berpisah menjadi X dan X. Salah satu daripada kromosom seks lelaki bercantum dengan salah satu daripada kromosom seks perempuan bagi menentukan status jantina seseorang bayi.
Oleh kerana kedua-dua kromosom seks wanita adalah sama-sama iaitu X dan X, sedangkan kromosom seks lelaki adalah berbeza iaitu X dan Y, maka yang menentukan samada seseorang bayi menjadi lelaki ataupun perempuan adalah kromosom lelaki. Sekiranya kromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi perempuan. Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru benarlah kenyataan Allah yang mengatakan kejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh nuthfah atau sperma lelaki.Dr. Danial Zainal Abidin

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.” (Surah Al-Insaan 76:2)

“Dialah yang membentuk kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (surah A-li’Imraan 3:6)

Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com

BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM, BAYARAN KHAS RM500 UNTUK PESARA KERAJAAN-sumber Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

24 July, 2012



ATTENTION

kawan2...pls be alert....kalau nampak kereta Honda City WTE 1989 colour grey. just being hijacked kat depan rumah saya pukul 10.15 malam tadi di Subang Jaya. 4 orang india bawak kereta pesona grey colour, pakaian same shirt colour gelap either dark blue or black collared dating bawak parang panjang gertak mintak kereta saya....saya hilang phone and other valuable belongings....PLEASE CONTACT ME on 019 389 0338 if anyone of you encounter my car....please please spread this news!!!! (my friend yaya) diambil dari FB isu Politik Semasa (IPS)

ISU AIR,

Sekarang ini tengok, boleh dikatakan tiap2 hari isu air ni dipapar di media-media. Persoalannya dan pertanyaan jugak lah..isu yang berbangkit ini...isu apa..isu air takde ke..isu air terawat tak de ke..atau pun isu loji untuk rawat air tak cukup...tp bagi pemahaman aku..rsnya isunya ialah tak cukup loji untuk rawat air...hbs kenapa lain yang diceritakan oleh pihak2 tertentu..komen...

23 July, 2012

SAMBUT BAIK BONUS RAYA (sumber dari http://www.cuepacs.blogspot.com/)

Sinar Harian
NOR ATIEYAH YUSOFF
23 Julai 2012
Sambut baik bonus raya
OMAR
SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pemberian imbuhan sempena Aidilfitri bergantung kemampuan kerajaan.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, bonus itu cara kerajaanmenghargai kerja keras penjawat awam.

"Malah bonus ini dianggap sebagai tradisi kerana dua tahun lalu, penjawat awam mendapat sagu hati RM1,000 menjelang Aidilfitri iaitu RM500 sebelum dan selepas perayaan itu."Pemberian bonus raya perlu diberikan mengikut gred masing-masing dari sebulan hingga tiga bulan gaji," katanya.Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas maklum balas Najib mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam, kelmarin.

Menurutnya, pemberian bonus itu bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi penjawat awam dan pesara juga dapat menikmati kemeriahan Aidilfitri nanti.“Kami berharap bonus raya dapat menceriakan sambutan hari raya dengan lebih bermakna memandangkan perbelanjaan mereka akan meningkat untuk persediaan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Cuepacs mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan.

22 July, 2012

Salam perkenalan.....

Assalamualaikum...hye..aku ni baru dalam dunia blog nie..slalu dok tgk blog otai2 jer..so..kali ni akan sendiri berblog..tapi dalam masa yang sama akan mengambil artikel2 dari blog2 yang lain..utk dikongsi sama..selain post dr aku yang tersendiri...